Tuesday, 12 April 2016

Rindu Mencengkam Jiwa

    Hari ini genap 108 hari arwah meninggalkan kami semua di       atas muka bumi ini tertutamanya orang-orang yang arwah sayangi.. walaupun pada zahirnya along tiada, tapi di hati, along sentiasa ada.. raut wajah, senyuman, dan semua yang dilalui bersama keluarga akan sentiasa segar dan diingati bahkan sentiasa terpahat dalam hati kami semua..

   sekejap sahaja masa berlalu.. rasa macam baru sahaja berlaku.. masih terngiang-ngiang di telingaku ini akan pesanan arwah. arwah pesan "blajo molep la duk situ tu". semua ini berlaku dalam sekelip mata.. kami semua sungguh terkejut apabila mendengar berita kematiannya.. masing-masing termenung sendirian di ruang tamu sebaik sahaja selesai acara pengebumian malam itu.. senyap tak terkata.. arwah banyak menolong orang termasuklah ahli keluarganya.. sehingga arwah mengabaikan diri sendiri.. asalkan orang yang berada di sisinya dan orang yang disayangi happy..

   beberapa minggu sebelum arwah meninggal, saya bermimpi. dalam mimpi itu, saya pulang dari universiti. apabila sampai di lorong, saya berjalan hingga sampai di rumah. selang 2,3 buah rumah sebelum sampai di rumah, saya lihat ramai sangat orang di kiri kanan saya.. saya berasa sangat pelik sekali.. kenapa ramai sangat orang ni..? setelah sampai di rumah, saya lihat begitu ramai orang di ruang tamu. saya berasa sungguh terkejut.. saya tidak sangka mimpi itu sebagai petunjuk bahawa arwah akan meninggalkan kami semua buar selama-lamanya. saya ada juga mimpi yang sama sebelum mimpi ini.. selain itu, arwah juga ada beritahu kami bahawa arwah akan cuti lama.. ternyata, bukti ini menjadi realiti apabila pagi itu, kami semua tidak mendapat sebarang berita darinya termasuklah panggilan.

    kebiasaannya, arwah akan menelefon keluarga apabila sampai.. tapi kami tidak mendapat sebarang panggilan darinya. sepatutnya arwah sudah tiba di kampung halaman. kami mula berasa tidak sedap hati.. nak buat sesuatu pun tidak kena. masing-masing risau kerana arwah tidak tiba lagi di kampung halaman. tambahan pula, kami terjumpa akan berita kemalangan bas ekspres dari butterworth ke kuala terengganu. semakin bertambah lagi kerisauan kami. kami cuba lagi menelefon telefon bimbitnya tetapi masih juga tak dapat. sehinggalah kami mendapat panggilan daripada pihak polis yang mengatakan bahawa arwah telah pergi meninggalkan kami semua. kami berasa sangat sedih sekali termasuklah saya sendiri. ketika saya mengetahui berita tersebut. saya berada di universiti. saya terus membuat keputusan untuk pulang ke rumah. saya tidak kisah lagi akan final exam yang akan saya duduki pada hari selasa itu. yang pastinya saya ingin pulang ke rumah.

   arwah mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan durian burong selama 6 tahun dan mendapat 5A dalam upsr,satu-satunya lelaki tunggal yang mendapat 5A.. yang lainnya ialah perempuan seramai 9 orang. saya masih ingat lagi ketika itu, saya dan emak ingin pergi ke sekolah setelah mengetahui berita kejayaan tersebut. kemudian, arwah menyambung pengajiannya di sekolah menengah kebangsaan agama sheikh abdul malek bersama sepupunya yang turut mendapat 5A dalam upsr tetapi di sekolah yang berlainan. hampir 2 bulan di sekolah itu, arwah bertukar sekolah. arwah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke maktab rendah sains mara, mersing, johor sehingga tamat spm.

    setelah itu, arwah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran    ke kolej matrikulasi negeri sembilan selama setahun. selepas tamat matrikulasi, arwah mendapat tawaran kemasukan ke universiti malaysia pahang. arwah berasa sungguh gembira kerana dapat masuk universiti.. arwah belajar di ump selama 4 tahun sehingga arwah menggenggam segulung ijazah untuk dihadiahkan kepada kami semua terutamanya kepada mak ayah. juga sebagai sokongan dan dorongan kepada kami adik-beradik untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu kerana Allah swt.

       daripada duduk menganggur di rumah, arwah mencari pekerjaan bagi meringankkan beban mak ayah. arwah tekun        mencari pekerjaannya. arwah bersungguh-sungguh mencari pekerjaan. disebabkan ketekunannya, akhirnya arwah mendapat pekerjaan tetapi di pulau pinang. arwah sering bertukar pekerjaan namun   masih di negeri yang sama sehinggalah arwah menemui pekerjaan yang dkehendakinya. arwah sangat gembira akan pekerjaan barunya itu. namun, nasib tidak menyebelahi arwah apabila arwah meninggal dalam kemalangan antara bas ekspres dengan lori treler papan lapis ketika arwah pulang ke kampung halamannya. arwah bercuti hampir seminggu kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga sebelum memulakan pekerjaan di tempat baru. Allah lebih menyayanginya.. Al-Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

Thursday, 17 December 2015

Audacity

   Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan Kurnia-Nya kita masih lagi dapat bernafas pada hari yang mulia ini.. Apa khabar semua pembaca sekalian..? Saya berharap anda semua sama juga seperti saya, sihat walafiat.. Sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh-Nya..

  Baiklah.. Pada hari ini, saya akan berkongsi kepada anda semua berkaitan pengalaman saya dalam menggunakan perisian Audacity..  Sebelum saya melangkah ke arah lebih jauh lagi, izinkan saya bercerita serba sedikit tentang Perisian Audacity. Peisian Audacity merupakan editor audio vigital yang percuma dan digunakan untuk mengedit atau mengolah suara dengan mudah. Terdapat pelbagai manfaat perisian ini bagi pengguna-pengguna sekalian. Antaranya termasuklah merakam podcasts, membuat ringtone, mengedit lagu atau suara dan sebagainya. Berikut merupakan contoh paparan skrin bagi Perisian Audacity..


      Ok.. Berbalik kepada matlamat asal saya, iaitu pengalaman saya dalam menggunakan Perisian Audacity.. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa saya harungi ketika menggunakan perisian ini. Pertama sekali, untuk menghasilkan rakaman suara kita, kita perlu pasang mikrofon pada komputer. Saya pun pasanglah mikrofon yang dibeli pada komputer lalu saya rakam suara saya. Setelah saya selesai merakam suara saya, saya tekan butang Play untuk mendengar rakaman suara saya, malangnya tiada satu suara pun yang kedengaran. Saya berasa sungguh kecewa sekali. Saya pun merakam semula suara saya tanpa memasang mikrofon pada komputer. Disebabkan saya tidak memasang mikrofon itu, saya terpaksa menguatkan suara saya supaya jelas kedengaran suara itu.

    Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran saya serta tunjuk ajar daripada pensyarah saya dan sahabat-sahabat saya, saya berjaya merakam suara saya dengan menggunakan Perisian Audacity ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menggunakan perisian ini. Di bawah ini merupakan satu audacity yang telah saya hasilkan.

 

    Sekian sahaja dari saya, sehingga kita bersua kembali di lain hari. Wassalam.

Tuesday, 15 December 2015

Secebis maklumat atau info berkaitan Pendidikan Islam

    Assalamualaikum wbt.. Apa khabar pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian? Pada hari ini, saya akan berkongsi secebis maklumat berkaitan Pendidikan Islam. Antaranya termasuklah bulan-bulan Islam, jenis-jenis Air Mutlak, jenis-jenis najis dan sebagainya.. Berikut merupakan contoh video yang telah saya buat berkaitan Pendidikan Islam.


  Bagi menghasilkan video ini, saya telah menggunakan satu perisian khas untuk membuat suntingan agar saya dapat menghasilkan video yang lebih menarik. Perisian ini dinamakan Windows Movie Maker yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran kita semua tetapi perisian ini mempunyai limitasi untuk menghasilkan video berbanding menggunakan perisian profesional. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan perisian Window Movie Maker, kita boleh menghasilkan video yang lebih baik berbanding jika kita hanya muat turun dari Youtube.

  Untuk makluman anda semua, bukan sahaja video yang boleh diimport, malah gambar dan audio juga boleh diimport menggunakan perisian ini. Baiklah, sekadar ini sahaja coretan saya pada kali ini. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin memohon maaf jika saya terkasar bahasa, tersilap bicara atau kata-kata saya ada menyinggung perasaan anda semua. Sekian sahaja dari saya, sehingga kita berjumpa lagi. Wassalam..

Poster Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Menengah Kebangsaan Derma

  Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan Limpah dan Kurnia-Nya, dapat lagi kita bersua kembali pada hari ini. Kali ini, saya menyediakan satu contoh poster berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah khas untuk anda semua..


   Untuk menyiapkan poster ini, saya menggunakan Perisian GIMP untuk menyunting gambar yang kita kehendaki dalam poster kita. Antara langkah asas untuk menyunting imej ialah

 1. Klik pada menu File > Open untuk mencari direktori gambar yang telah disimpan.
 2. Tetingkap "Open Image" akan dipaparkan dan anda boleh memilih gambar yang dikehendaki dan klik butang Open.
 3. Gambar yang dipilih akan dipaparkan pada tetingkap yang lain dan proses mengedit boleh dilakukan.
 4. Pilih Scissors Select Tool pada Toolbox. Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan feather edges. Gunakan tetikus dan klik di sekeliling imej yang hendak digunting secara berterusan.
 5. Setelah selesai, tekan enter pada papan kekunci. Keseluruhan imej yang telah ditandakan tadi akan dipilih.
 6. Klik pada menu Edit > Copy untuk menyalin imej yang telah dipilih.
 7. Klik pada menu File > New. Tetingkap untuk meletakkan imej akan dibuka. Setkan saiz imej 500x440 dalam piksel.Pilih icon bentuk landscape supaya imej yang hendak disalin tadi dapat
diletakkan dalam keadaan melintang. Kemudian, klik butang OK.
 8. Sebelum anda menampal imej yang hendak disalin, pastikan anda telah menambah layer baharu. kemudian, klik pada menu Edit > Paste. Sekiranya imej yang ditamplkan terlalu besar, imej tersebut boleh diubah saiznya menggunakan Scale Tool.
 9. Pilih Scale Tool pada Toolbox dan ubah saiz imej tersebut. Kemudian, tekan butang Scale.
10. Imej boleh digerakkan dengan menggunakan Move Tool yang ada dalam Toolbox.
11. Setelah selesai, klik pada menu File > Save As > letakkan nama fail tersebut Haiwan.xcf. Fail format .xcf merupakan fail format bagi Perisian GIMP agar imej tersebut boleh diedit dan disunting semula.

  Sekian sahaja dari saya. Harap post saya pada kali ini memberi manfaat kepada anda semua.. Wassalam.

Sunday, 13 December 2015

Slide Hari Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Derma

 Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah kita dapat bersua kembali pada hari yang cerah ini. Untuk pengetahuan anda semua, saya sebagai mahasiswi di sebuah universiti di Semenanjung Malaysia telah diberi tugasan oleh pensyarah untuk mereka bentuk satu persembahan multimedia yang mengandungi elemen multimedia. Dan tugasan tersebut ialah Hari Kantin Sekolah. Di bawah ini merupakan satu contoh slide Hari Kantin peringkat sekolah.

 

  Saya telah menggunakan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan slide Hari Kantin tersebut. Antara teknik asas dalam perisian persembahan Powerpoint termasuklah memulakan perisian, memilih reka bentuk dan susun atur slaid, memasukkan elemen multimedia seperti teks, grafik dan bunyi serta membina animasi.

1. Memulakan perisian Powerpoint
Untuk memulakan perisian Powerpoint, anda perlu klik ikon Start, kemudian klik ALL PROGRAM. Seterusnya, klik Microsoft Office dan akhir sekali klik Powerpoint

2. Memilih reka bentuk dan susun atur slaid
Powerpoint menyediakan beberapa reka bentuk latar belakang slaid. Anda boleh memilih sebarang reka bentuk yang anda minati untuk persembahan anda. Caranya adalah dengan mengklik Design pada menu bar, kemudian klik Slide Design yang menjadi pilihan anda. Dari paparan reka bentuk tersebut, klik pada reka bentuk yang anda minati.

3. Memasukkan elemen multimedia
Anda boleh memasukkan teks, iaitu Tajuk Persembahan anda dengan mengklik pada perkataan Click to Add Title. Taipkan tajuk persembahan anda serta tukar saiz dan warna tulisan mengikut cita rasa anda. Klik kotak Click to Add Subtitle dan klik icon Cut untk memadam kotak tersebut. Bagi kaedah untuk memmasukkan grafik pula, langkah yang perlu anda lakukan adalah dengan mengklik menu Insert. Bawa kursor ke Picture dan klik From File. pilih gambar yang sesuai dari Folder Powerpoint atau Internet dan tekan Open. Anda juga boleh memilih gaya persembahan gambar pada picture style.

 4. Membina animasi
Dalam aktiviti ini, anda akan membina animasi bagi teks dan grafik dalam slaid persembahan yang telah dibina. Caranya adalah dengan kilk menu Animations dan hitamkan (highlight) teks anda. Akhir sekali, klik Add Animation dan pilih bentuk animasi yang anda kehendaki.

   Sekian sahaja dari saya, sehingga kita berjumpa lagi di lain hari.. Wassalam.

Microsoft Excel

  Microsoft Excel merupakan aplikasi perisian lembaran kerja yang popular. Microsoft ini dihasilkan oleh Microsoft Corporation. Penggunaannya lebih kepada menghsailkan pelbagai jenis lembaran kerja termasuklah yang menggunakan teks, perhitungan dan manipulasi nombor serta carta.sebagai contoh, anda boleh membangunkan satu aplikasi Penilaian Akademik Murid dengan membuat pengiraan gred dan penjanaan graf. Selain daripada itu, ia juga popular digunakan dalam perakaunan.

  Walau bagaimanapun, perisian ini lebih mengkhusus kepada penggunaan Lembaran Kerja di sekolah kerana ia memudahkan tugas guru. Perisian Microsoft Excel sangat-sangat membantu para guru. Mereka dapat menggunakan perisian ini untuk memproses data yang berkaitan dengan senarai kedatangan dan pencapaian pelajar selaim contoh penghasilan slip keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar. Jadual berikut merupakan contoh lembaran kerja prestasi pelajar termasuklah maklumat pelajar, markah serta gred yang mereka perolehi.

 

    Semoga kehadiran modul ini dapat membantu anda semua untuk melancarkan tugas dengan lebih efisien dan berkesan. Sekian sahaja dari saya, semoga kita bersua kembali di lain hari. In shaa Allah. Wassalam.

Wednesday, 9 December 2015

Sijil Penyertaan dan Penghargaan pelajar SMK Derma

  Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat lagi kita bersua kembali pada kali ini. Apa khabar pembaca-pembaca sekalian..? Saya harap anda semua baik-baik sahaja..

    Baiklah, kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua berkaitan perisian pemprosesan perkataan. Apa itu perisian pemprosesan perkataan? Perisian pemprosesan perkataan merupakan perisian aplikasi yang paling popular dan banyak digunakan dalam pekerjaan seharian. ia melibatkan penggunaan komputer dalam menyediakan dan mengemaskini dokumen seperti surat, memo, laporan dan sebagainya. Antara perisian pemprosesan perkataan yang popular di pasaran termasuklah Microsoft Word, Microsoft Works, WordPrefect dan sebagagainya.

    Perisian pemprosesan perkataan ini berkeupayaan untuk melakukan mana-mana perubahan pada dokumen yang dibina. Hal ini demikian kerana dokumen tersebut disimpan secara elektronik yang membolehkan pengguna menambah, memadam, menyusun semula perkataan, ayat atau keseluruhan perenggan. Kini, perisian pemprosesan perkataan yang terbaru mengandungi ciri-ciri kepintaran yang membolehkanperubahan yang drastik dijalankan.

Terdapat 4 ciri perisian pemprosesan perkataan. Antaranya ialah
1. Memformat dokumen
2. Mengedit dokumen
3. Mencetak dokumen
4. Menyimpan dokumen

 Di bawah ini saya sediakan satu contoh sijil penyertaan dan penghargaan pelajar SMK Derma yang menyertai pertandingan Catur peringkat sekolah pada 21 Mac 2015 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma.