Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan Limpah dan Kurnia-Nya, dapat lagi kita bersua kembali pada hari ini. Kali ini, saya menyediakan satu contoh poster berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah khas untuk anda semua..
Untuk menyiapkan poster ini, saya menggunakan Perisian GIMP untuk menyunting gambar yang kita kehendaki dalam poster kita. Antara langkah asas untuk menyunting imej ialah
1. Klik pada menu File > Open untuk mencari direktori gambar yang telah disimpan.
2. Tetingkap "Open Image" akan dipaparkan dan anda boleh memilih gambar yang dikehendaki dan klik butang Open.
3. Gambar yang dipilih akan dipaparkan pada tetingkap yang lain dan proses mengedit boleh dilakukan.
4. Pilih Scissors Select Tool pada Toolbox. Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan feather edges. Gunakan tetikus dan klik di sekeliling
imej yang hendak digunting secara berterusan.
5. Setelah selesai, tekan enter pada papan kekunci. Keseluruhan imej yang telah ditandakan tadi akan dipilih.
6. Klik pada menu Edit > Copy untuk menyalin imej yang telah dipilih.
7. Klik pada menu File > New. Tetingkap untuk meletakkan imej akan dibuka. Setkan saiz imej 500x440 dalam piksel.Pilih icon bentuk landscape
supaya imej yang hendak disalin tadi dapat
diletakkan dalam keadaan melintang. Kemudian, klik butang OK.
8. Sebelum anda menampal imej yang hendak disalin, pastikan anda telah menambah layer baharu. kemudian, klik pada menu Edit > Paste. Sekiranya
imej yang ditamplkan terlalu besar, imej tersebut boleh diubah saiznya menggunakan Scale Tool.
9. Pilih Scale Tool pada Toolbox dan ubah saiz imej tersebut. Kemudian, tekan butang Scale.
10. Imej boleh digerakkan dengan menggunakan Move Tool yang ada dalam Toolbox.
11. Setelah selesai, klik pada menu File > Save As > letakkan nama fail tersebut Haiwan.xcf. Fail format .xcf merupakan fail format bagi Perisian
GIMP agar imej tersebut boleh diedit dan disunting semula.
Sekian sahaja dari saya. Harap post saya pada kali ini memberi manfaat kepada anda semua.. Wassalam.
No comments:
Post a Comment