Tuesday, 12 April 2016

Rindu Mencengkam Jiwa

    Hari ini genap 108 hari arwah meninggalkan kami semua di       atas muka bumi ini tertutamanya orang-orang yang arwah sayangi.. walaupun pada zahirnya along tiada, tapi di hati, along sentiasa ada.. raut wajah, senyuman, dan semua yang dilalui bersama keluarga akan sentiasa segar dan diingati bahkan sentiasa terpahat dalam hati kami semua..

   sekejap sahaja masa berlalu.. rasa macam baru sahaja berlaku.. masih terngiang-ngiang di telingaku ini akan pesanan arwah. arwah pesan "blajo molep la duk situ tu". semua ini berlaku dalam sekelip mata.. kami semua sungguh terkejut apabila mendengar berita kematiannya.. masing-masing termenung sendirian di ruang tamu sebaik sahaja selesai acara pengebumian malam itu.. senyap tak terkata.. arwah banyak menolong orang termasuklah ahli keluarganya.. sehingga arwah mengabaikan diri sendiri.. asalkan orang yang berada di sisinya dan orang yang disayangi happy..

   beberapa minggu sebelum arwah meninggal, saya bermimpi. dalam mimpi itu, saya pulang dari universiti. apabila sampai di lorong, saya berjalan hingga sampai di rumah. selang 2,3 buah rumah sebelum sampai di rumah, saya lihat ramai sangat orang di kiri kanan saya.. saya berasa sangat pelik sekali.. kenapa ramai sangat orang ni..? setelah sampai di rumah, saya lihat begitu ramai orang di ruang tamu. saya berasa sungguh terkejut.. saya tidak sangka mimpi itu sebagai petunjuk bahawa arwah akan meninggalkan kami semua buar selama-lamanya. saya ada juga mimpi yang sama sebelum mimpi ini.. selain itu, arwah juga ada beritahu kami bahawa arwah akan cuti lama.. ternyata, bukti ini menjadi realiti apabila pagi itu, kami semua tidak mendapat sebarang berita darinya termasuklah panggilan.

    kebiasaannya, arwah akan menelefon keluarga apabila sampai.. tapi kami tidak mendapat sebarang panggilan darinya. sepatutnya arwah sudah tiba di kampung halaman. kami mula berasa tidak sedap hati.. nak buat sesuatu pun tidak kena. masing-masing risau kerana arwah tidak tiba lagi di kampung halaman. tambahan pula, kami terjumpa akan berita kemalangan bas ekspres dari butterworth ke kuala terengganu. semakin bertambah lagi kerisauan kami. kami cuba lagi menelefon telefon bimbitnya tetapi masih juga tak dapat. sehinggalah kami mendapat panggilan daripada pihak polis yang mengatakan bahawa arwah telah pergi meninggalkan kami semua. kami berasa sangat sedih sekali termasuklah saya sendiri. ketika saya mengetahui berita tersebut. saya berada di universiti. saya terus membuat keputusan untuk pulang ke rumah. saya tidak kisah lagi akan final exam yang akan saya duduki pada hari selasa itu. yang pastinya saya ingin pulang ke rumah.

   arwah mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan durian burong selama 6 tahun dan mendapat 5A dalam upsr,satu-satunya lelaki tunggal yang mendapat 5A.. yang lainnya ialah perempuan seramai 9 orang. saya masih ingat lagi ketika itu, saya dan emak ingin pergi ke sekolah setelah mengetahui berita kejayaan tersebut. kemudian, arwah menyambung pengajiannya di sekolah menengah kebangsaan agama sheikh abdul malek bersama sepupunya yang turut mendapat 5A dalam upsr tetapi di sekolah yang berlainan. hampir 2 bulan di sekolah itu, arwah bertukar sekolah. arwah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke maktab rendah sains mara, mersing, johor sehingga tamat spm.

    setelah itu, arwah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran    ke kolej matrikulasi negeri sembilan selama setahun. selepas tamat matrikulasi, arwah mendapat tawaran kemasukan ke universiti malaysia pahang. arwah berasa sungguh gembira kerana dapat masuk universiti.. arwah belajar di ump selama 4 tahun sehingga arwah menggenggam segulung ijazah untuk dihadiahkan kepada kami semua terutamanya kepada mak ayah. juga sebagai sokongan dan dorongan kepada kami adik-beradik untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu kerana Allah swt.

       daripada duduk menganggur di rumah, arwah mencari pekerjaan bagi meringankkan beban mak ayah. arwah tekun        mencari pekerjaannya. arwah bersungguh-sungguh mencari pekerjaan. disebabkan ketekunannya, akhirnya arwah mendapat pekerjaan tetapi di pulau pinang. arwah sering bertukar pekerjaan namun   masih di negeri yang sama sehinggalah arwah menemui pekerjaan yang dkehendakinya. arwah sangat gembira akan pekerjaan barunya itu. namun, nasib tidak menyebelahi arwah apabila arwah meninggal dalam kemalangan antara bas ekspres dengan lori treler papan lapis ketika arwah pulang ke kampung halamannya. arwah bercuti hampir seminggu kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga sebelum memulakan pekerjaan di tempat baru. Allah lebih menyayanginya.. Al-Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment