Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah kita dapat bersua kembali pada hari yang cerah ini. Untuk pengetahuan anda semua, saya sebagai mahasiswi di sebuah universiti di Semenanjung Malaysia telah diberi tugasan oleh pensyarah untuk mereka bentuk satu persembahan multimedia yang mengandungi elemen multimedia. Dan tugasan tersebut ialah Hari Kantin Sekolah. Di bawah ini merupakan satu contoh slide Hari Kantin peringkat sekolah.
Saya telah menggunakan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan slide Hari Kantin tersebut. Antara teknik asas dalam perisian persembahan Powerpoint termasuklah memulakan perisian, memilih reka bentuk dan susun atur slaid, memasukkan elemen multimedia seperti teks, grafik dan bunyi serta membina animasi.
1. Memulakan perisian Powerpoint
Untuk memulakan perisian Powerpoint, anda perlu klik ikon Start, kemudian klik ALL PROGRAM. Seterusnya, klik Microsoft Office dan akhir sekali
klik Powerpoint
2. Memilih reka bentuk dan susun atur slaid
Powerpoint menyediakan beberapa reka bentuk latar belakang slaid. Anda boleh memilih sebarang reka bentuk yang anda minati untuk persembahan
anda. Caranya adalah dengan mengklik Design pada menu bar, kemudian klik Slide Design yang menjadi pilihan anda. Dari paparan reka bentuk
tersebut, klik pada reka bentuk yang anda minati.
3. Memasukkan elemen multimedia
Anda boleh memasukkan teks, iaitu Tajuk Persembahan anda dengan mengklik pada perkataan Click to Add Title. Taipkan tajuk persembahan anda serta
tukar saiz dan warna tulisan mengikut cita rasa anda. Klik kotak Click to Add Subtitle dan klik icon Cut untk memadam kotak tersebut. Bagi
kaedah untuk memmasukkan grafik pula, langkah yang perlu anda lakukan adalah dengan mengklik menu Insert. Bawa kursor ke Picture dan klik From
File. pilih gambar yang sesuai dari Folder Powerpoint atau Internet dan tekan Open. Anda juga boleh memilih gaya persembahan gambar pada picture
style.
4. Membina animasi
Dalam aktiviti ini, anda akan membina animasi bagi teks dan grafik dalam slaid persembahan yang telah dibina. Caranya adalah dengan kilk menu
Animations dan hitamkan (highlight) teks anda. Akhir sekali, klik Add Animation dan pilih bentuk animasi yang anda kehendaki.
Sekian sahaja dari saya, sehingga kita berjumpa lagi di lain hari.. Wassalam.
No comments:
Post a Comment