Baiklah.. Pada hari ini, saya akan berkongsi kepada anda semua berkaitan pengalaman saya dalam menggunakan perisian Audacity.. Sebelum saya melangkah ke arah lebih jauh lagi, izinkan saya bercerita serba sedikit tentang Perisian Audacity. Peisian Audacity merupakan editor audio vigital yang percuma dan digunakan untuk mengedit atau mengolah suara dengan mudah. Terdapat pelbagai manfaat perisian ini bagi pengguna-pengguna sekalian. Antaranya termasuklah merakam podcasts, membuat ringtone, mengedit lagu atau suara dan sebagainya. Berikut merupakan contoh paparan skrin bagi Perisian Audacity..
Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran saya serta tunjuk ajar daripada pensyarah saya dan sahabat-sahabat saya, saya berjaya merakam suara saya dengan menggunakan Perisian Audacity ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menggunakan perisian ini. Di bawah ini merupakan satu audacity yang telah saya hasilkan.
Sekian sahaja dari saya, sehingga kita bersua kembali di lain hari. Wassalam.